Ada antara pelanggan Dermags yang mengadu kulit mereka kelihatan kusam selepas beberapa ketika menggunakan Dermags. Selalunya untuk penggunaan dibawah sebulan.
Jadi mengapa ini berlaku? Adakah ini menandakan yang kulit kita tidak sesuai dengan Dermags? Adakah ini akan berlarutan?
Pertama sekali, mari kita definasikan dahulu apa itu "kusam". Supaya apabila kita bercerita tentang kekusaman, kita bercerita tentang keadaan yang sama.
Sebab ada juga yang menganggap kulit berminyak itu kusam, sebahagian yang lain menganggap kulit yang kering itulah kusam. Ini penting supaya kita tidak terkeliru dan mendapatkan nasihat yang salah untuk memulihkan kekusaman. Umpama orang yang mahu buat air sirap tetapi minta nasihat untuk buat sup. Nanti jadi sirap masin!
Secara umum, kulit yang kusam ialah kulit yang tidak berseri dan tidak bercahaya. Ya, lawan kepada kulit yang kusam ialah kulit yang GLOWING. Kalau anda tidak pasti samada kulit anda kusam atau tidak, ambil sekeping gambar selfie (Tanpa sebarang efek melicinkan muka) dan lihat, adakah kulit kita kelihatan "glowing"? kalau tidak, itu tandanya kita memiliki kulit yang kusam. Perlu diingatkan, kulit yang gelap bukan bererti kulit itu kusam. Kulit yang kusam lebih kepada kulit yang tidak atau kurang memantulkan cahaya.
Apakah faktor yang menyebabkan kulit menjadi kusam? Secara umum, kulit akan mula menjadi kusam seiring dengan umur yang meningkat, proses exfoliating atau
penyingkiran sel kulit mati menjadi perlahan. Kulit akan kelihatan lebih kering dan kasar. Oleh kerana ini adalah umum dan terjadi kepada setiap individu, kekusaman juga di kaitkan dengan tanda penuaan.
Jadi mengapa kulit menjadi kusam selepas menggunakan dermags?
Dermags adalah satu formulasi semulajadi yang tidak memaksa kulit untuk bekerja lebih masa mahupun mengubahsuai sebarang struktur kulit sebagaimana formulasi sesetengah produk pemutihan terutamanya yang tidak diketahui asal - usul penghasilan formulasinya.
Dermags bekerja mengikut proses semulajadi kulit kita. Kulit kita dari proses penghasilan sel sehingga ke proses penyingkiran akan mengambil masa sehingga 28 hari dan apabila usia meningkat, tempoh ini boleh bertambah sehingga 40 hari.
Jadi kulit yang rosak dan kusam ini kekal walaupun kita mencuci dengan dermags cleanser sehinggalah ia tertanggal sendiri secara semulajadi.
Dermags tidak menggelupaskan kulit yang berada di lapisan luar semata - mata untuk membuat kita kelihatan putih dengan segera. Tapi bertindak dengan membantu penghasilan sel kulit baharu dan melindunginya dari kerosakan.
Kulit yang baharu ini bukan sahaja akan menjadi lebih bersih dan bersinar, malahan akan lebih anjal dan glowing kerana struktur kulit yang baharu ini adalah lebih sihat kerana dibekalkan dengan apa yang kulit perlukan untuk kelihatan lebih bersih, muda dan glowing secara semulajadi.
Jadi mengapa kusam? Ada banyak faktor, seperti tahap kesihatan kulit yang berada di lapisan luar dan juga sejarah penggunaan produk sebelum penggunaan dermags.
Sekiranya anda pernah menggunakan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidroquinon, kekusaman ini akan lebih ketara kerana bahan tersebut telah mengorbankan sel melanocytes untuk membuatkan kulit kita kelihatan cerah secara ubahsuai yang memudaratkan.
Jadi kulit akan kelihatan kusam sebaik sahaja kita berhenti dari "merosakkan" kulit dengan bahan kimia terlarang ini.
Jadi kekusaman ini akan hilang apabila kulit yang rosak akibat bahan kimia ataupun kulit yang kusam disebabkan faktor penuaan dan kekurangan air dalam badan ini tersingkir secara semulajadi dan diganti dengan kulit yang baharu, yang menerima sentuhan keremajaan Dermags.
Ada tak cara yang kita boleh buat supaya kekusaman ini boleh hilang dengan lebih cepat?
Ya, ada. Dengan minum air secukupnya (kira - kira 2 - 3 liter sehari) kalau susah nak hitung, cukup dengan kita minum segelas air setiap 2 jam (8 gelas sehari). Kemudian kurangkan stress dan buatlah senaman dan aktiviti yang menggembirakan hati kita :D
Jadi, janganlah risau jika kulit kita kelihatan sedikit kusam apabila anda mula menggunakan Dermags. Teruskan penggunaan dan beri peluang kepada Dermags untuk pulihkan kulit kita, dan beri peluang kepada diri sendiri untuk kelihatan GLOWING, muda dan remaja.
No comments:
Post a Comment